Wednesday, January 18, 2012

Analisis Pendidikan Islam dan Bahasa Arab PMR 2011

Makluman kepada semua
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak

Tuan boleh memuat turun analisis Pendidikan Islam dan Bahasa Arab PMR 2011 bagi semua sekolah di ruangan download. Mohon kepada sekolah membuat post mortem atas analisis yang berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Majlis Tadarus al-Quran (MTQSS) 2012

Perhatian kepada semua
Guru Besar / Pengetua
SK / SMK Daerah Hilir Perak

Tuan boleh memuat turun maklumat mengenai MTQSS Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah tahun 2012 di ruangan 'download'. Pihak sekolah diminta menjalankan pertandingan di peringkat sekolah berpandukan takwim yang disediakan sekali di folder berkenaan.

Terima kasih atas segala perhatian dan tindakan.

Tuesday, January 17, 2012

DATA ANAK-ANAK YATIM (PELAJAR ISLAM) DAERAH HILIR PERAK 2012

Kepada
Ketua Panitia Pendidikan Islam

SMK/SK Daerah Hilir Perak


Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam akan melaksanakan aktiviti untuk anak-anak yatim Daerah Hilir Perak bagi tahun 2012 ini.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan menyenaraikan nama-nama anak yatim tersebut dengan memuatnaik borang berkenaan di  ruangan 'download' di sebelah dan kembalikan ke email ppdhiper@yahoo.com sebelum 3 Februari 2012.

Segala kerjasama tuan amat saya hargai. Terima kasih.


Thursday, January 5, 2012

Analisis PMR Sekolah KAA

Perhatian Semua Pengetua Kelas Aliran Agama
Daerah Hilir Perak.

Mohon memuat turun format Analisis PMR KAA daripada http://www.spiperak.bpi.edu.my/index.php/muat-turun/category/9-surat-pipa , seterusnya menghantarkannya semula ke email ppdhiper@yahoo.com.

Sekian terima kasih.

Risalah Dakwah