Thursday, February 23, 2012

Mahrajan Kesenian Islam 2012

Perhatian kepada semua
Setiausaha MAKDIS SK dan SM
Daerah Hilir Perak

Ustaz/Ustazah boleh memuat turun peraturan bagi acara Mahrajan Kesenian Islam di sini. Mohon dibuat pemilihan di peringkat sekolah sebelum ke peringkat daerah yang dijangka bulan April ini.
1. Marhaban SM dan Kompang Selawat SK
2. Khat SM
3. Tulisan Jawi SK
4. Berzanji SK

Wednesday, February 15, 2012

Buku Panduan Pelaksanaan Hari-Hari Kebesaran Islam Sekolah KPM

Perhatian Kepada Semua Guru Pendidikan Islam
Daerah Hilir Perak

Ustaz dan ustazah boleh memuat turun "Buku Panduan Pelaksanaan Hari-Hari Kebesaran Islam Sekolah KPM" untuk sekolah masing-masing sebagai panduan menjalankan aktiviti dakwah di sekolah. Ustaz / Ustazah boleh memuat turun buku berkenaan melalui ruangan download di sebelah.

Sekian terima kasih.

Takwim Aktiviti Ko-Kurikulum Pendidikan Islam Daerah Hilir Perak

Makluman dan tindakan semua S/U Makdis
SK dan SM Daerah Hilir Perak

Berikut adalah Takwim Aktiviti Ko-Kurikulum Pendidikan Islam bagi peringkat negeri dan daerah Hilir Perak. Semoga mendapat perhatian dan persediaan kepada pelajar tuan berkenaan tarikh di bawah.

BIL
TARIKH NEGERI
PROGRAM
TARIKH DAERAH
1
26 - 28 Mac 2012
Nadwah Kepemimpinan Islam SMKA
-
2
6 - 7 April 2012
Majlis Tilawah al-Quran KPM
-
3
20 - 21 April 2012
Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah KPM
31 Mac 2012
4
22 - 23 Jun 2012
Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM
10 Mei 2012
5
2 - 4 Julai 2012
Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah
15- 16 Jun 2012
6
11 - 12 Mei 2012
Mahrajan Kesenian Islam Sekolah-sekolah KPM
28 April 2012
7
3 - 5 September 2012
Nadwah Kepemimpinan Islam SABK
-
8
28 - 29 September 2012
Ihtifal jQAF dan Khatam al-Quran
14 Julai 2012
9
9 - 10 Oktober 2012
Khemah Ibadah Sekolah Rendah
5 - 6 Oktober 2012

Peraturan Nasyid Sekolah-sekolah KPM 2012

Perhatian kepada semua
Setiausaha MAKDIS
SK dan SM
Daerah Hilir Perak.

Peraturan Nasyid Sekolah-sekolah KPM bagi tahun 2012 adalah mengikut sepenuhnya peraturan nasyid pada tahun 2011 termasuk sukatan tajuk nasyid KECUALI tema. Tema Festival Nasyid pada tahun ini adalah sama tema MTQSS tahun ini iaitu "AL-QURAN MENJANA TRANSFORMASI UMMAH". Tuan/puan boleh men'download' peraturan serta sukatan tajuk Nasyid tahun 2011 di ruangan 'download'.

Sekian terima kasih.

Risalah Dakwah