Dimaklumkan kepada semua guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Menengah, bermula 24 Januari 2011 hingga 17 Februari 2011 ini, pihak Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Perak akan menjalankan pemantauan di seluruh daerah dalam negeri Perak.
Bagi sekolah menengah, dipohon guru Pendidikan Islam mengisi instrumen dakwah yang telah diberikan sebelum ini serta menyediakan fail khusus untuk dakwah mengikut sistem sepertimana instrumen tersebut. Juga termasuk instrumen kurikulum sekolah menengah yang perlu diisi dan pemfailan yang lengkap.
Manakala bagi sekolah rendah, minta kerjasama mengisi instrumen perlaksanaan j Qaf dan dakwah serta fail-fail yang berkaitan dengan instrumen tersebut.
Sekiranya tiada, boleh download instrumen tersebut dari bahan-bahan download di sebelah.
Istiqamah dalam segala perbuatan baik
-
Sifat Istiqamah membawa maksud tetap atau berpendirian teguh atas
kebenaran. Secara umumnya, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan
syariat dengan t...