Monday, December 26, 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 SMKA NEGERI PERAK 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa,permohonan kemasukan ke tingkatan 4 SMKA negeri Perak 2012 dibuka mulai sekarang.
 2. Borang permohonan,syarat kelayakan masuk dan borang kelompok boleh di muat turun melalui pautan dibawah:
3. Borang yang telah lengkap di isi perlu dihantar ke sekolah untuk diproses dan dimasukkan ke dalam borang kelompok mengikut format yang telah disediakan oleh pihak Sektor Pendidikan Islam.
4. Pihak sekolah hendaklah email kembali data yang telah lengkap di isi sebelum atau pada 06 Januari 2012 ke alamat email manperaksppim@yahoo.com . Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Mohd Rozman Bin Abdul Muin di talian 012-5156635
Sekian.

Ihtifal j-QAF dan Khatam al-Quran Peringkat Negeri Perak 2011

Ihtifal j-QAF Peringkat Negeri Perak telah dijalankan di Teluk Intan pada 15 - 16 November 2011 di SK Raja Muda Musa dan Arena Square, Teluk Intan. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Unit Dakwah, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Demikian sebahagian daripada gambar sekitar majlis berkenaan. Kepada semua Guru Besar, Pengetua, ustaz, ustazah dan individu yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini, diucapkan jutaan terima kasih.




Thursday, August 25, 2011

Analisis Peperiksaan Percubaan PMR dan Pertengahan SPM bagi KAA

Pengumuman untuk sekolah-sekolah yang ada Kelas Aliran Agama....

Tuan / puan dipohon mengisi borang analisis berkenaan, di alamat ini https://www.box.net/shared/m9yqkjik55jcp1jbs2js atau muat turun dari kotak download di sebelah.

Mohon kerjasama hantar semula ke e-mail ppdhiper@yahoo.com sebelum 9 September 2011.

Harap maklum dan terima kasih. 

Wednesday, August 3, 2011

Ucapan Tahniah dan Penghargaan

Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah di atas pencapaian seorang pelajar dari SMA Al-Ulum As-Syariyah, Selekoh iaitu Muhammad Ezmir Kushairy bin Roslee kerana berjaya mendapat Johan acara Hafazan (Menengah Atas) di Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Agama Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011 yang telah diadakan pada 18 – 21 Julai 2011 di SMKA Kedah, Alor Setar, Kedah. Semoga dengan kejayaan yang dikecapi, akan menyemarakkan lagi semangat guru-guru serta murid-murid lain bagi mengecapi lebih kejayaan pada masa akan datang selari dengan slogan "Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan".

Monday, July 18, 2011

Soalan Latih Tubi dan Topikal Tasawwur Islam 2011

Semua Ketua Panitia Tasawwur Islam Sekolah-Sekolah di Daerah Hilir Perak.

Khusus kepada sekolah yang mengambil mata pelajaran Tasawwur Islam,
tuan puan boleh memuat turun soalan-soalan berkenaan melalui kotak download di sebelah.

Kelik folder Tasawur 2011 dan download mana-mana soalan yang dikehendaki.

Oleh kerana soalan ini terkawal kepada tatapan umum, mohon hubungi saya untuk mengetahui
passwordnya.

Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Agama Peringkat Daerah Hilir Perak

MIIPA Peringkat Daerah telah dijalankan pada 14 Jun 2011 di SMK Seri Perak, Teluk Intan. Demikian adalah sebahagian gambar yang sempat diambil sebagai pelaporan daerah.






Monday, July 11, 2011

Pemetaan Pendidikan Islam OTI 3

Kepada seluruh Guru Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan Daerah Hilir Perak.

Tuan Puan boleh mengambil data pemetaan atau cakupan topik Pendidikan Islam OTI 3 bulan Julai 2011 daripada ruangan download di sebelah. Jadual bulanan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam akan berlangsung pada 18 Julai 2011.

Sekian. Terima kasih.

Sunday, June 12, 2011

Borang Penyertaan Mahabbah 2011

Assalamualaikum wrt. wbt.
 
Bersama ini disertakan 4 borang penyertaan Mahabbah bagi sekolah-sekolah terpilih yang boleh dimuat turun dari ruangan 'download'.
 
Sila lengkapkan borang penyertaan Karnival Mahabbah JKSPk dan emelkan kembali kepada pegawai seperti di berikut:
 
1) Mohd Hosni Bin Md Senusi ..... Ust Hosni <hosni_ppd@yahoo.com.my>;
2) Badrul 'Azam bin Borhan ..... Ust Badrul <azamuna@yahoo.com>;
3) Mohd Halim bin Musa ..... Halim Musa <halim@ppdbatangpadang.edu.my>
 
Pada atau sebelum 17/6/2011. Kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Penghargaan dan Tahniah


Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah di atas pencapaian seorang pelajar dari SK Selekoh iaitu Nur Syafinatun Najah bt. Mohd Fairos kerana berjaya mendapat Naib Johan acara Hafazan (Perempuan) di Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011 yang telah diadakan pada 28 – 30 Mei 2011 di SMKA Al-Irshad, Kepala Batas, Pulau Pinang. Semoga dengan kejayaan yang dikecapi, akan menyemarakkan lagi semangat guru-guru serta murid-murid lain bagi mengecapi lebih kejayaan pada masa akan datang selari dengan slogan "Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan".


Thursday, May 26, 2011

Festival Nasyid Negeri Perak 2011

 Kumpulan Nasyid IQ SMK Seri Perak Tempat ke 2 Negeri Perak
 Penyampaian hadiah
 Kesungguhan jurulatih SK Sungai Tiang Darat
Menunggu giliran

Monday, May 23, 2011

Analisis Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (SK) 2011

MAKLUMAN DAN TINDAKAN

Semua Ketua Panitia Pendidikan Islam
Sekolah-Sekolah Kebangsaan
Daerah Hilir Perak

Mohon tuan/puan memuat turun Contoh Borang Analisis Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (SK) di kotak download di sebelah kiri anda.

Unit Pendidikan Islam memohon agar tuan / puan mengisi analisis berkenaan dan kembalikan kepada email tijahppd@gmail.com sebelum 26 Mei 2011. Jasa baik tuan / puan amat saya hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Saturday, May 21, 2011

Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Agama (MIIPA)

Semua Sekolah Kelas Aliran Agama Daerah Hilir Perak.

Anda boleh memuat turun sepenuhnya Peraturan (MIIPA) di bawah ini :

Peraturan Majlis Ihtiffal Instutusi Pendidikan Agama (MIIPA)

Sekian terima kasih.

Sunday, May 15, 2011

Peserta MTQ Daerah Hilir Perak 2011


MTQSS Peringkat Negeri di SMK Dr. Burhanuddin pada 29-30 April 2011 telah menaikkan kedudukan daerah Hilir Perak dari tempat ke 6 ke tempat ke 4. Pencapaian yang telah dicapai adalah Johan - Acara Hafazan Perempuan SK, Naib Johan - Acara Tilawah Lelaki SK, Tempat Ketiga - Acara Tilawah Perempuan SM dan Acara Hafazan Lelaki SK.

Wednesday, May 4, 2011

Taklimat Pengurusan Data Guru Pendidikan Islam

Perhatian kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam SM dan SK..!!

Tuan/puan dijemput hadir ke taklimat tersebut yang akan diadakan mengikut ketentuan berikut :

Tarikh      : 6 Mei 2011
Masa      : 3.00 petang
Tempat   : Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak

Tuan/puan diminta memuat turun program Data Guru Pendidikan Islam (DGPI) dari laman sesawang Sektor Pendidikan Islam JPN di http://spiperak.bpi.edu.my/ ke komputer riba sebelum membawanya bersama ke taklimat berkenaan.

Jasa baik tuan amat dihargai. Surat telah diedarkan melalui Guru Besar dan Pengetua masing-masing pada 26 April 2011 yang lalu.

Sunday, April 17, 2011

Majlis Tadarus Quran Peringkat Daerah 2011

Alhamdulillah Majlis Tadarus Quran Peringkat Daerah Hilir Perak telah berjaya dilaksanakan. Tahniah kepada sekolah tuan/puan yang berjaya. Terima kasih kepada Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana, para hakim yang bijaksana, tuan rumah SM Sains Bagan Datoh dan semua yang menjayakan MTQSS pada hari Sabtu semalam. Syukran Jazilan..

Saturday, March 12, 2011

Borang Hakim MTQ 2011

Perhatian semua Pengerusi Jamaah Hakim SM dan SK.

Tuan boleh mendapatkan borang hakim dari ruangan download untuk acara nasyid, syarahan, tahfiz dan tilawah.

Thursday, February 24, 2011

Seminar Pemarkahan Pendidikan Islam PMR

Kepada semua Pengetua SM, dipohon menghantar seorang wakil guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Islam PMR ke seminar yang akan dilaksanakan pada ketentuan berikut :

Tarikh      : 24 Februari 2011
Hari         : Khamis
Masa       : 2.00 petang
Tempat    : SMK Sultan Abdullah Chenderong Balai

Segala kerjasama diucapkan jutaan terima kasih.

Wednesday, February 23, 2011

Mesyuarat Panitia Bahasa Arab Daerah Hilir Perak

Kepada semua Ketua Panitia Bahasa Arab sekolah daerah Hilir Perak dijemput hadir bagi mengikuti mesyuarat tersebut mengikut ketentuan berikut :

Tarikh     : 23 Februari 2011
Masa      : 2.00 petang
Tempat   : PKG Teluk Intan
Pengerusi : Cik Hajjah Aishah bt. Razali
                  Pengetua SMK Sultan Abdullah, Chenderung Balai

Kehadiran tuan adalah diwajibkan.. Sekian terima kasih.

Wednesday, February 9, 2011

Taklimat Penyelarasan MTQSS Peringkat Daerah Tahun 2011

Kepada semua Pengetua SM dan Pengerusi Kelompok SR dijemput hadir bagi mengikuti taklimat tersebut mengikut ketentuan berikut :

Tarikh     : 11 Februari 2011
Masa      : 3.00 petang
Tempat   : Bilik Gerakan PPD Hilir Perak

Kehadiran tuan amat dialu-alukan bagi memantapkan perjalanan majlis MTQ ini nanti. Sekian terima kasih.

Taklimat Ketua Panitia SM dan SR Daerah Hilir Perak

Perhatian kepada semua Ketua Panitia SM dan SR Daerah Hilir Perak. Taklimat tersebut akan berlangsung pada ketetapan berikut :

Tarikh     : 9 Februari 2011
Masa      : 8.00 pagi
Tempat   : Dewan Syarahan SMK Seri Perak

Tuan /puan dikehendaki hadir. Sekian Terima kasih.

Saturday, February 5, 2011

Festival Nasyid Sekolah-sekolah Kementerian 2011

Perhatian kepada semua SK dan SM Daerah Hilir Perak ;

Makluman Bahan Persediaan untuk Festival Nasyid Sekolah-sekolah Kementerian Malaysia 2011.

Mohon kerjasama tuan, memuat turun bahan tersebut di ruangan 'download' di blog ini untuk persediaan peringkat sekolah. Sekian dimaklumkan.

Tuesday, January 25, 2011

Pemantauan Dakwah dan JQaf

Dimaklumkan kepada semua guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Menengah, bermula 24 Januari 2011 hingga 17 Februari 2011 ini, pihak Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Perak akan menjalankan pemantauan di seluruh daerah dalam negeri Perak.

Bagi sekolah menengah, dipohon guru Pendidikan Islam mengisi instrumen dakwah yang telah diberikan sebelum ini serta menyediakan fail khusus untuk dakwah mengikut sistem sepertimana instrumen tersebut. Juga termasuk instrumen kurikulum sekolah menengah yang perlu diisi dan pemfailan yang lengkap.

Manakala bagi sekolah rendah, minta kerjasama mengisi instrumen perlaksanaan j Qaf dan dakwah serta fail-fail yang berkaitan dengan instrumen tersebut.

Sekiranya tiada, boleh download instrumen tersebut dari bahan-bahan download di sebelah.

Hari Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 2010


Pada tanggal 25 Mei 2010 yang lalu, PPD Hilir Perak telah menganjurkan Hari Profesionalisme Guru Pendidikan Islam bersama Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak di Dewan Syarahan SMK Seri Perak, Teluk Intan Perak. Seramai 173 orang telah hadir yang terdiri daripada Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Menengah, Bahasa Arab, Tasawwur Islam, Pengajian al-Quran dan as Sunnah, guru KKQ, guru j Qaf, GSTT SJKC dan SJKT serta Guru Cemerlang Pendidikan Islam.

Majlis telah bermula dengan ucapan pembukaan daripada Ustaz Mat Hamdan bin Amin selaku Penolong PPD Pendidikan Islam Hilir Perak seterusnya ucapan utama Encik Zainal Abiddin bin Osman selaku Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak.

Rumusannya, majlis telah berjaya dijalankan dengan jayanya melalui ucapan utama Pegawai PPD Hilir Perak yang terkandung banyak input serta maklumat yang boleh digunapakai oleh semua guru Pendidikan Islam demi kegemilangan anak didik di daerah Hilir Perak.

Wednesday, January 19, 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Saya mengucapkan terima kasih atas sokongan rakan-rakan semua atas perlantikan ini. Satu tugas yang amat berat, namun perlu ditangani dengan baik dan cara yang betul. Untuk itu, saya cuba mewujudkan blog ini mudah-mudahan memudahkan urusan antara panitia,sekolah dan guru-guru dengan PPD khususnya yang berkaitan dengan unit Pendidikan Islam. Segala kelemahan saya pohon kemaafan. Terima kasih.

Risalah Dakwah