Tuesday, January 25, 2011

Pemantauan Dakwah dan JQaf

Dimaklumkan kepada semua guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Menengah, bermula 24 Januari 2011 hingga 17 Februari 2011 ini, pihak Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Perak akan menjalankan pemantauan di seluruh daerah dalam negeri Perak.

Bagi sekolah menengah, dipohon guru Pendidikan Islam mengisi instrumen dakwah yang telah diberikan sebelum ini serta menyediakan fail khusus untuk dakwah mengikut sistem sepertimana instrumen tersebut. Juga termasuk instrumen kurikulum sekolah menengah yang perlu diisi dan pemfailan yang lengkap.

Manakala bagi sekolah rendah, minta kerjasama mengisi instrumen perlaksanaan j Qaf dan dakwah serta fail-fail yang berkaitan dengan instrumen tersebut.

Sekiranya tiada, boleh download instrumen tersebut dari bahan-bahan download di sebelah.

Hari Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 2010


Pada tanggal 25 Mei 2010 yang lalu, PPD Hilir Perak telah menganjurkan Hari Profesionalisme Guru Pendidikan Islam bersama Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak di Dewan Syarahan SMK Seri Perak, Teluk Intan Perak. Seramai 173 orang telah hadir yang terdiri daripada Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Menengah, Bahasa Arab, Tasawwur Islam, Pengajian al-Quran dan as Sunnah, guru KKQ, guru j Qaf, GSTT SJKC dan SJKT serta Guru Cemerlang Pendidikan Islam.

Majlis telah bermula dengan ucapan pembukaan daripada Ustaz Mat Hamdan bin Amin selaku Penolong PPD Pendidikan Islam Hilir Perak seterusnya ucapan utama Encik Zainal Abiddin bin Osman selaku Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak.

Rumusannya, majlis telah berjaya dijalankan dengan jayanya melalui ucapan utama Pegawai PPD Hilir Perak yang terkandung banyak input serta maklumat yang boleh digunapakai oleh semua guru Pendidikan Islam demi kegemilangan anak didik di daerah Hilir Perak.

Wednesday, January 19, 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Saya mengucapkan terima kasih atas sokongan rakan-rakan semua atas perlantikan ini. Satu tugas yang amat berat, namun perlu ditangani dengan baik dan cara yang betul. Untuk itu, saya cuba mewujudkan blog ini mudah-mudahan memudahkan urusan antara panitia,sekolah dan guru-guru dengan PPD khususnya yang berkaitan dengan unit Pendidikan Islam. Segala kelemahan saya pohon kemaafan. Terima kasih.

Risalah Dakwah