Monday, December 26, 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 SMKA NEGERI PERAK 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa,permohonan kemasukan ke tingkatan 4 SMKA negeri Perak 2012 dibuka mulai sekarang.
 2. Borang permohonan,syarat kelayakan masuk dan borang kelompok boleh di muat turun melalui pautan dibawah:
3. Borang yang telah lengkap di isi perlu dihantar ke sekolah untuk diproses dan dimasukkan ke dalam borang kelompok mengikut format yang telah disediakan oleh pihak Sektor Pendidikan Islam.
4. Pihak sekolah hendaklah email kembali data yang telah lengkap di isi sebelum atau pada 06 Januari 2012 ke alamat email manperaksppim@yahoo.com . Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Mohd Rozman Bin Abdul Muin di talian 012-5156635
Sekian.

Ihtifal j-QAF dan Khatam al-Quran Peringkat Negeri Perak 2011

Ihtifal j-QAF Peringkat Negeri Perak telah dijalankan di Teluk Intan pada 15 - 16 November 2011 di SK Raja Muda Musa dan Arena Square, Teluk Intan. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Unit Dakwah, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Demikian sebahagian daripada gambar sekitar majlis berkenaan. Kepada semua Guru Besar, Pengetua, ustaz, ustazah dan individu yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini, diucapkan jutaan terima kasih.




Thursday, August 25, 2011

Analisis Peperiksaan Percubaan PMR dan Pertengahan SPM bagi KAA

Pengumuman untuk sekolah-sekolah yang ada Kelas Aliran Agama....

Tuan / puan dipohon mengisi borang analisis berkenaan, di alamat ini https://www.box.net/shared/m9yqkjik55jcp1jbs2js atau muat turun dari kotak download di sebelah.

Mohon kerjasama hantar semula ke e-mail ppdhiper@yahoo.com sebelum 9 September 2011.

Harap maklum dan terima kasih. 

Wednesday, August 3, 2011

Ucapan Tahniah dan Penghargaan

Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah di atas pencapaian seorang pelajar dari SMA Al-Ulum As-Syariyah, Selekoh iaitu Muhammad Ezmir Kushairy bin Roslee kerana berjaya mendapat Johan acara Hafazan (Menengah Atas) di Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Agama Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011 yang telah diadakan pada 18 – 21 Julai 2011 di SMKA Kedah, Alor Setar, Kedah. Semoga dengan kejayaan yang dikecapi, akan menyemarakkan lagi semangat guru-guru serta murid-murid lain bagi mengecapi lebih kejayaan pada masa akan datang selari dengan slogan "Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan".

Monday, July 18, 2011

Soalan Latih Tubi dan Topikal Tasawwur Islam 2011

Semua Ketua Panitia Tasawwur Islam Sekolah-Sekolah di Daerah Hilir Perak.

Khusus kepada sekolah yang mengambil mata pelajaran Tasawwur Islam,
tuan puan boleh memuat turun soalan-soalan berkenaan melalui kotak download di sebelah.

Kelik folder Tasawur 2011 dan download mana-mana soalan yang dikehendaki.

Oleh kerana soalan ini terkawal kepada tatapan umum, mohon hubungi saya untuk mengetahui
passwordnya.

Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Agama Peringkat Daerah Hilir Perak

MIIPA Peringkat Daerah telah dijalankan pada 14 Jun 2011 di SMK Seri Perak, Teluk Intan. Demikian adalah sebahagian gambar yang sempat diambil sebagai pelaporan daerah.






Monday, July 11, 2011

Pemetaan Pendidikan Islam OTI 3

Kepada seluruh Guru Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan Daerah Hilir Perak.

Tuan Puan boleh mengambil data pemetaan atau cakupan topik Pendidikan Islam OTI 3 bulan Julai 2011 daripada ruangan download di sebelah. Jadual bulanan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam akan berlangsung pada 18 Julai 2011.

Sekian. Terima kasih.

Risalah Dakwah