Wednesday, February 15, 2012

Peraturan Nasyid Sekolah-sekolah KPM 2012

Perhatian kepada semua
Setiausaha MAKDIS
SK dan SM
Daerah Hilir Perak.

Peraturan Nasyid Sekolah-sekolah KPM bagi tahun 2012 adalah mengikut sepenuhnya peraturan nasyid pada tahun 2011 termasuk sukatan tajuk nasyid KECUALI tema. Tema Festival Nasyid pada tahun ini adalah sama tema MTQSS tahun ini iaitu "AL-QURAN MENJANA TRANSFORMASI UMMAH". Tuan/puan boleh men'download' peraturan serta sukatan tajuk Nasyid tahun 2011 di ruangan 'download'.

Sekian terima kasih.

Wednesday, January 18, 2012

Analisis Pendidikan Islam dan Bahasa Arab PMR 2011

Makluman kepada semua
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak

Tuan boleh memuat turun analisis Pendidikan Islam dan Bahasa Arab PMR 2011 bagi semua sekolah di ruangan download. Mohon kepada sekolah membuat post mortem atas analisis yang berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Majlis Tadarus al-Quran (MTQSS) 2012

Perhatian kepada semua
Guru Besar / Pengetua
SK / SMK Daerah Hilir Perak

Tuan boleh memuat turun maklumat mengenai MTQSS Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah tahun 2012 di ruangan 'download'. Pihak sekolah diminta menjalankan pertandingan di peringkat sekolah berpandukan takwim yang disediakan sekali di folder berkenaan.

Terima kasih atas segala perhatian dan tindakan.

Tuesday, January 17, 2012

DATA ANAK-ANAK YATIM (PELAJAR ISLAM) DAERAH HILIR PERAK 2012

Kepada
Ketua Panitia Pendidikan Islam

SMK/SK Daerah Hilir Perak


Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam akan melaksanakan aktiviti untuk anak-anak yatim Daerah Hilir Perak bagi tahun 2012 ini.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan menyenaraikan nama-nama anak yatim tersebut dengan memuatnaik borang berkenaan di  ruangan 'download' di sebelah dan kembalikan ke email ppdhiper@yahoo.com sebelum 3 Februari 2012.

Segala kerjasama tuan amat saya hargai. Terima kasih.


Thursday, January 5, 2012

Analisis PMR Sekolah KAA

Perhatian Semua Pengetua Kelas Aliran Agama
Daerah Hilir Perak.

Mohon memuat turun format Analisis PMR KAA daripada http://www.spiperak.bpi.edu.my/index.php/muat-turun/category/9-surat-pipa , seterusnya menghantarkannya semula ke email ppdhiper@yahoo.com.

Sekian terima kasih.

Monday, December 26, 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 SMKA NEGERI PERAK 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa,permohonan kemasukan ke tingkatan 4 SMKA negeri Perak 2012 dibuka mulai sekarang.
 2. Borang permohonan,syarat kelayakan masuk dan borang kelompok boleh di muat turun melalui pautan dibawah:
3. Borang yang telah lengkap di isi perlu dihantar ke sekolah untuk diproses dan dimasukkan ke dalam borang kelompok mengikut format yang telah disediakan oleh pihak Sektor Pendidikan Islam.
4. Pihak sekolah hendaklah email kembali data yang telah lengkap di isi sebelum atau pada 06 Januari 2012 ke alamat email manperaksppim@yahoo.com . Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Mohd Rozman Bin Abdul Muin di talian 012-5156635
Sekian.

Ihtifal j-QAF dan Khatam al-Quran Peringkat Negeri Perak 2011

Ihtifal j-QAF Peringkat Negeri Perak telah dijalankan di Teluk Intan pada 15 - 16 November 2011 di SK Raja Muda Musa dan Arena Square, Teluk Intan. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Unit Dakwah, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Demikian sebahagian daripada gambar sekitar majlis berkenaan. Kepada semua Guru Besar, Pengetua, ustaz, ustazah dan individu yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini, diucapkan jutaan terima kasih.




Risalah Dakwah