Thursday, June 21, 2012

DATA E-LAPORAN J-QAF DAERAH HILIR PERAK


Kepada Semua Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Peluasan j-QAF,
Daerah Hilir Perak.
Tuan,
Mohon kerjasama tuan memuat turun perisian bagi e-Laporan j-QAF 12.1 terkini. Untuk memuat turun perisian tersebut sila klik DI SINI.
Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Dzulfitri Aziz b. Mahmud, Penyelaras Data j-QAF Daerah Hilir Perak ditalian 019-4226224.
Sekian, terima kasih.

Friday, June 8, 2012

Borang Semakan PAFA 2012


Pemberitahuan makluman penting:
1. Borang semakan PAFA -  15 Jun 2012
Assalamualaikum..
Sebagai makluman tuan/puan bahawa dokumen di atas hendaklah diisi secara manual memuatturunkannya (download) terlebih dahulu melalui website PPD atau merujuk ke PPD masing-masing. Borang yang lengkap hendaklah dihantar ke PPD masing-masing mengikut tarikh di atas. Mohon maaf atas segala kesulitan adalah dikesali.   TIADA PENGISIAN DATA SECARA ONLINE ATAU DALAM TALIAN.
Daripada Heder bin Hamzah Penolong Pengarah Pendidikan Islam, JPN Perak 

Monday, May 21, 2012

Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah (MISS)

Perhatian kepada semua
Penyelaras KAA
SMK Pelaksanaan KAA dan SABK

Mohon tuan memuatturun senarai peserta MISS di sini dan kembalikan semula kepada ppdhiper@yahoo.com sebelum cuti sekolah 25 Mei 2012.

Tuan juga boleh memuat turun syarat-syarat penyertaan di sini.

Sekian terima kasih.

Monday, May 7, 2012

Kem Pecutan Jawi 2012

Perhatian
Semua Guru j-QAF
Daerah Hilir Perak

Ustaz/ustazah boleh memuat turun bahan-bahan Pecutan Jawi di bawah ini.

1. Langkah P&P Minda Jawi.
2. Laporan Pelaksanaan Kem Pecutan Jawi.
3. Ujian Jawi 2012.

atau buka folder 'Kem Pecutan Jawi' di ruangan download.

Sekian, terima kasih.

Friday, April 13, 2012

Peraturan dan Syarat Kalam Jamaie Ihtifal j-QAF 2012

Perhatian kepada semua
Penyelaras j-QAF
Daerah Hilir Perak

InsyaAllah Ihtifal j-QAF 2012 akan dilaksanakan pada akhir Ogos di tempat yang akan dibagitahu kelak.

Sehubungan dengan itu, ustaz/ustazah dimohon muat turun peraturan dan syarat Kalam Jamaie di sini bagi persediaan sekolah ustaz/ustazah.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, April 10, 2012

Makluman Terkini Berkenaan MKI

Bersama ini saya kepilkan bersama beberapa peraturan dan pindaan baru berkenaan acara Mahrajan Kesenian Islam iaitu

1. Nasyid - Peraturan
2. Nasyid - Sukatan dan Tema
3. Khat
4. Jawi

Kelik pada acara yang dikehendaki untuk 'muatturun' sebagai rujukan tuan puan.

InsyaAllah Mahrajan Kesenian Islam akan dilaksanakan pada 12 Mei 2012 di SM Teknik Teluk Intan.

Sekian terima kasih.

Wednesday, March 28, 2012

JEMPUTAN KE MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2012

Semua Guru Besar Sekolah Rendah
Semua Pengetua Sekolah Menengah
Semua Guru Daerah Hilir Perak

Tuan,

Sukacita tuan dijemput hadir ke Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Daerah Hilir Perak bagi tahun 2012 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh                   :              31 Mac 2012 (Sabtu)
Tempat                 :              SMK Sultan Abdullah, 36600 Chenderong Balai, Perak
Perasmi                :              Puan Hajah Salmiah binti Sabran
                                            Ketua Sektor Pendidikan Islam
                                            Jabatan Pelajaran Perak
Atur Cara             :              8.00 – 8.30          : Pendaftaran peserta
                                            8.30 – 11.30        : Semua pertandingan dijalankan serentak
                                            11.30 – 12.30     : Majlis Penutupan Perasmian
Acara                    :              1. Hafazan al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki & Perempuan)
                                             2. Tilawah al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki & Perempuan)
                                             3. Bercerita Kisah al-Quran Sekolah Rendah (Lelaki & Perempuan)
                                             4. Hafazan al-Quran Sekolah Menengah (Lelaki & Perempuan)
                                             5. Tilawah al-Quran Sekolah Menengah (Lelaki & Perempuan)
                                             6. Syarahan Spontan Sekolah Menengah (Lelaki & Perempuan)

Risalah Dakwah