Sunday, June 12, 2011

Penghargaan dan Tahniah


Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah di atas pencapaian seorang pelajar dari SK Selekoh iaitu Nur Syafinatun Najah bt. Mohd Fairos kerana berjaya mendapat Naib Johan acara Hafazan (Perempuan) di Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011 yang telah diadakan pada 28 – 30 Mei 2011 di SMKA Al-Irshad, Kepala Batas, Pulau Pinang. Semoga dengan kejayaan yang dikecapi, akan menyemarakkan lagi semangat guru-guru serta murid-murid lain bagi mengecapi lebih kejayaan pada masa akan datang selari dengan slogan "Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan".


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Risalah Dakwah