Monday, July 18, 2011

Soalan Latih Tubi dan Topikal Tasawwur Islam 2011

Semua Ketua Panitia Tasawwur Islam Sekolah-Sekolah di Daerah Hilir Perak.

Khusus kepada sekolah yang mengambil mata pelajaran Tasawwur Islam,
tuan puan boleh memuat turun soalan-soalan berkenaan melalui kotak download di sebelah.

Kelik folder Tasawur 2011 dan download mana-mana soalan yang dikehendaki.

Oleh kerana soalan ini terkawal kepada tatapan umum, mohon hubungi saya untuk mengetahui
passwordnya.

Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Agama Peringkat Daerah Hilir Perak

MIIPA Peringkat Daerah telah dijalankan pada 14 Jun 2011 di SMK Seri Perak, Teluk Intan. Demikian adalah sebahagian gambar yang sempat diambil sebagai pelaporan daerah.






Monday, July 11, 2011

Pemetaan Pendidikan Islam OTI 3

Kepada seluruh Guru Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan Daerah Hilir Perak.

Tuan Puan boleh mengambil data pemetaan atau cakupan topik Pendidikan Islam OTI 3 bulan Julai 2011 daripada ruangan download di sebelah. Jadual bulanan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam akan berlangsung pada 18 Julai 2011.

Sekian. Terima kasih.

Sunday, June 12, 2011

Borang Penyertaan Mahabbah 2011

Assalamualaikum wrt. wbt.
 
Bersama ini disertakan 4 borang penyertaan Mahabbah bagi sekolah-sekolah terpilih yang boleh dimuat turun dari ruangan 'download'.
 
Sila lengkapkan borang penyertaan Karnival Mahabbah JKSPk dan emelkan kembali kepada pegawai seperti di berikut:
 
1) Mohd Hosni Bin Md Senusi ..... Ust Hosni <hosni_ppd@yahoo.com.my>;
2) Badrul 'Azam bin Borhan ..... Ust Badrul <azamuna@yahoo.com>;
3) Mohd Halim bin Musa ..... Halim Musa <halim@ppdbatangpadang.edu.my>
 
Pada atau sebelum 17/6/2011. Kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Penghargaan dan Tahniah


Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah di atas pencapaian seorang pelajar dari SK Selekoh iaitu Nur Syafinatun Najah bt. Mohd Fairos kerana berjaya mendapat Naib Johan acara Hafazan (Perempuan) di Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011 yang telah diadakan pada 28 – 30 Mei 2011 di SMKA Al-Irshad, Kepala Batas, Pulau Pinang. Semoga dengan kejayaan yang dikecapi, akan menyemarakkan lagi semangat guru-guru serta murid-murid lain bagi mengecapi lebih kejayaan pada masa akan datang selari dengan slogan "Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan".


Thursday, May 26, 2011

Festival Nasyid Negeri Perak 2011

 Kumpulan Nasyid IQ SMK Seri Perak Tempat ke 2 Negeri Perak
 Penyampaian hadiah
 Kesungguhan jurulatih SK Sungai Tiang Darat
Menunggu giliran

Monday, May 23, 2011

Analisis Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (SK) 2011

MAKLUMAN DAN TINDAKAN

Semua Ketua Panitia Pendidikan Islam
Sekolah-Sekolah Kebangsaan
Daerah Hilir Perak

Mohon tuan/puan memuat turun Contoh Borang Analisis Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (SK) di kotak download di sebelah kiri anda.

Unit Pendidikan Islam memohon agar tuan / puan mengisi analisis berkenaan dan kembalikan kepada email tijahppd@gmail.com sebelum 26 Mei 2011. Jasa baik tuan / puan amat saya hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Risalah Dakwah